Tuesday, March 30, 2010

WARNA KERETA

Kereta Beri Makna Si Pemilik

Jika dulu, kereta adalah lambing kemegahan dan kemewahan kerana jarang ada orang yang mampu memilikinya tapi kini ia sudah mampu dimiliki oleh ramai orang termasuklah remaja sendiri. Cuma tentunya bagi kereta yang berjenama biasa saja! Kereta mewah tetap untuk golongan yang berada saja! Walau apapun, tak dapat dinafikan akan kepentingan kereta bagi kita. Selain daripada kemudahan, sudah pasti untuk bergaya! Sebab itulah ramai yang sanggup berhabisan untuk mekap kereta mereka! Bahkan dikatakan remaja lelaki menjadikan kereta sebagai aset untuk memikat si gadis jelita. Makin canggih kereta yang dimiliki, makin cun gadis yang bakal dipikat nanti! Pun begitu, sekarang ini bukan lelaki saja yang gilakan kereta bahkan ramai awek yang kaki kereta. Sanggup berhabisan demi memastikan kereta kesayangan mereka cantik dan bergaya. Cayalah!

Tiap orang juga punya citarasa tersendiri dalam memilih warna kereta sama ada yang terang atau cukup selesa dengan warna asal saja. Yang menariknya, warna kereta dapat menggambarkan peribadi si pemiliknya. Nak tahu? Jom baca artikel ni sampai habis! Mungkin lepas ni kamu boleh perhatikan warna kereta si dia tu pula dan bandingkan sendiri kaitan warna kereta dengan pemiliknya.

No comments:

Post a Comment