Tuesday, March 30, 2010

sambungan

Jadilah diri kamu sendiri

Cuba menjadi diri kamu yang sebenar. Jangan cuba meniru gaya orang lain yang kita rasa popular. Ini kerana setiap personaliti yang baik akan mempunyai rakannya sendiri. Jika meniru gaya personaliti orang lain ia tidak akan menghasilkan hubungan yang berkekalan. Ini untuk mengelak daripada rakan-rakan menuduh kita bersifat pura-pura. Jangan lupa bahawa anda adalah anda. Oleh itu jadilah diri anda yang sebenarnya.

Hindari tekanan

Setiap orang termasuk pelajar tidak dapat lari dari masalah tekanan atau tension. Shubungan itu jangan jadikan masalah yang dihadapi sebagai penghalang hubungan dengan rakan-rakan anda. Oleh itu cuba elakkan daripada menghadapi tekanan. Jangan bebankan tekanan itu kepada rakan-rakan kita. Seorang rakan yang baik tidak akan membebankan masalah yang dihadapinya kepada rakannya.

Peranan mata

Untuk menarik perhatiannya ketika berbicara, pandang rakan anda terutama matanya. Dalam hal ini ia menunjukkan bahawa kita menghargai kehadirannya dan suka berbicara dengannya. Dengan cara memandang mata seseorang juga akan melahirkan suatu perasaan yang lebih rapat dan mesra. Jangan memandang ke arah lain kerana ia seolah-olah kita tidak menyenangi kehadirannya atau tidak menyukainya.

Bicara penuh semangat ketika berbicara

Jangan malu-malu untuk memulakan perbualan. Pilih topik yang menarik untuk dibincangkan. Cuba elak topik yang membosankan. Orang yang mempunyai semangat yang tinggi ketika berbicara biasanya mempunyai ramai rakan kerana cara mereka itu memudahkan orang lain untuk mendekati mereka.

Berketrampilan

Imej diri perlu dijaga. Dengan itu penampilan diri mesti hebat atau sedap mata memandang. Imej yang baik akan menyebabkan ramai teman suka mendampingi kita. Bak kata pepatah Inggeris, Dont judge a book by its cover. Namun secara umumnya imej luaran individu menjadi cerminan kepada personaliti dalamannya. Jadi sekiranya imej anda agak buruk, disarankan agar ditukar segera.

Ketawa penawar jiwa

Dengan ketawa hati akan melupakan segala masalah. Jadi jangan biarkan rakan kita bersedih. Kalau boleh cuba wujudkan suasana gembira untuknya. Cuba hiburkan rakan kita yang bersedigh itu supaya kembali ceria. Tapi jangan sampai anda buat lawak bodoh pula.

Muka biar manis

Wajah yang sentiasa manis dan ceria akan menjadikan anda mudah didekati. Elakkan berwajah masam mencuka. Apabila kita berwajah manis, rakan-rakan kita akan turut merasa gembira apabila mendekati kita. Jadi senyum. Seperti kata pepatah, senyum itu sedekah.

No comments:

Post a Comment