Tuesday, March 30, 2010

WARNA KERETA 2

Warna Silver/Perak

Wow! Warna ini memang membuatkan kereta itu nampak mahal dan baru. Kalau nak diikutkan, sebenarnya warna silver atau perak merupakan warna asas kapal terbang, roket, kapal atau peluru. Seperti juga kenderaan tersebut, pemilik kereta warna perak ini seorang yang pantas bertindak dan membuat sebarang keputusan. Dia tak suka meremehkan kerja atau menangguhkan sesuatu pekerjaan. Baginya, jika boleh diselesaikan dan tak perlu bertangguh lagi. Mereka tak suka simpan masalah lama-lama. Sebaik saja masalah itu dapat dikenalpasti, mereka akan bertindak untuk menyelesaikannya dan tindakan itu banyak menyelamatkan keadaan daripada menjadi bertambah buruk. Tidak suatu perkara pun yang boleh menghalang mereka daripada melakukan apa yang mereka ingin lakukan dan ini ada juga keburukannya kerana mereka bertindak mengikut kata hati. Namun begitu, sikap mereka yang sensitif lebih membuatkan teman-teman pening kepala. Kadangkala tu, kita perlu bertolak-ansur kan? Usah terlalu buruk sangka sangat!

Warna Hitam

Ha ramai yang menyukai warna hitam kerana ia nampak eksklusif dan penuh misteri. Sama seperti pemilihan warna hitam bagi pakaian. Apa agaknya personality pemilik kenderaan berwarna hitam ini? Mereka dikatakan melambangkan kuasa, prestij dan kesenangan hidup. mereka ini sanggup melakukan apa saja demi kepentingan diri mereka serta keluarga. Selain itu, satu lagi kelebihan mereka ini, tak mudah berputus asa kerana mereka akan mencuba hingga mencapai apa yang dihajati selama ini. Tapi kawal sikit sikap panas baran membuatkan teman-teman sering makan hati! Bila dah marah, mulalah tak ingat dunia! Itu yang selalu menjadi punca pergaduhan bersama si dia/teman! Namun begitu, sikap mereka yang terlalu mementingkan persahabatan membuatkan mereka disenangi ramai!

No comments:

Post a Comment