Tuesday, March 30, 2010

Tips Menjadi Terkenal

Tips Untuk Menjadi Terkenal Di Kalangan Teman

Hendak menjadi terkenal di kalangan rakan-rakan sekolah anda? Pastinya ada yang tersenyum. Kenapa harus merasa malu. Sebenarnya apabila dikenali ramai, ia akan menjadikan anda lebih berkeyakinan. Tapi jangan pula terkenal kerana kenakalan. Dalam hal ini biarlah dikenali kerana personaliti yang positif. Untuk itu anda boleh mengikuti beberapa panduan:

Aktif dengan pelbagai aktiviti

Sentiasa penuhkan masa lapang anda dengan aktiviti-aktiviti yang positif dan berfaedah sama ada di sekolah atau di luar sekolah. Selain itu, adalah disarankan anda mendapatkan lebih kenalan baru. Dengan cara ini anda akan mudah dikenali ramai.

Menjadi seorang yang peramah

Jadilah seorang yang ramah, mudah didekati dan mudah diajak. Sesetengah orang yang mempunyai sikap ini secara semulajadi dan orang lain akan berasa selesa di sampingnya. Maka ambillah inisiatif untuk terlebih dahulu menyapa atau mengajak seseorang untuk berbicara. Dengan cara ini akan menjadi seseorang lebih peramah. Mudah diajak bermaksud melibatkan diri dengan kegiatan yang sihat sahaja.

Pendengar yang baik

Jadilah seorang pendengar yang baik. Apabila orang lain bertutur beri peluang padanya untuk mengucapkannya sampai habis. Jangan pula anda yang menguasai setiap perbualan. Benar, agak sukar menjadi seorang pendengar yang setia tapi dengan sikap ini sajalah akan membuatkan orang lain rapat dengan kita. Tapi jangan pula menjadi pendengar sepenuh masa atau tidak bercakap langsung! Ini akan membosankan pula rakan kita itu.

No comments:

Post a Comment